|







|
|
Perkhidmatan klinikal
Unit ini beroperasi selama 24 jam dan dikendalikan oleh pegawai perubatan yang berpengalaman iaitu Dr. Fadzillah, Dr Arba’iah dan Dr Nadirah.
Umumnya perkhidmatan pesakit luar ini akan mengendalikan kes-kes seperti:
- Kes kecemasan eg. kemalangan jalan raya.
- Kes Rawatan Perubatan kecemsan seperti asthma dan darah tinggi teruk.
- Rawatan am eg. demam, batuk, cirit birit dan sebagainya.
Rawatan penyakit kronik eg. darah tinggi, kencing manis dll.
- Pembedahan kecil seperti membuang nanak dan jahit luka kecil.
- Immunisasi (pelalian) untuk kanak-kanak, Haji & Umrah, Typhoid dan sebagainya.
- Medical check-up : pre-employment, memasuki institut pengajian tinggi, insurance, eksekutif screening dan sebagainya
- Kajian Darah dan X-Ray
- Fomema
Kembali Ke atas
Perbidanan dan Sakit Puan
Klinik pakar O&G di kendalikan oleh Dr R Juhaidah R Abdullah yang rawatan kepakaran berhubung:
- Pemeriksaan maternity, Ante Natal dan Post Natal.
- Pemeriksaan Sakit Puan seperti Fibroid, cyst dan lain-lain.
- Pemeriksaan Ultrasound.
- Pemeriksaan Pap smear
- Perkhidmatan Perancang Keluarga seperti OCP, IUCD.
- Rawatan Kemandulan (Infertility) seperti ovulasi, HSG, laparoscopy & dye injection, IUI.
Kembali Ke atas
klinik Kanak kanak
Klinik pakar kanak-kanak ini diuruskan oleh Dr. Syed Nazir dan Dr Mimita. Kliinik pakar ini menyediakan perkhidmatan rawatan untuk kanak-kanak iaitu :
- Rawatan bagi semua penyakit kanak-kanak sama ada kes rujukan atau "walk in".
- Immunisasi (pelalian) untuk kanak-kanak.
- Rawatan Asma dan penyakit kronik
- Phototherapy & Exchange Transfusion dan banyak lagi.
Kembali Ke atas
Klinik Pakar Tulang
Pakar perunding klinik ini adalah seorang doktor pakar orthopedik yang berpengalaman luas iaitu Dr. Abdul Rauf B. Haji Ahmad dan Dr Hamdan . Di antara rawatan yang ditawarkan oleh klinik pakar ini ialah :
- Merawat kecederaan patah tulang dari semua aspek dari konsultasi, merawat dan membedah seperti "open fracture", "closed fracture" dan lain-lain.
- Merawat kecederaan kanak-kanak termasuk patah tulang.
- Merawat keadaan kecacatan kongenital pada kanak-kanak seperti "congenital talipes equinovarus".
- Memberi nasihat kepada pesakit tentang perawat scoliosis pada kanak-kanak atau peringkat remaja.
- Merawat dan melakukan pembedahan pada tulang belakang untuk kes-kes seperti "prolapse intervertebral disc", "cervical spondylosis" dan lain-lain.
- Memberi konsultasi dan rawatan kes-kes kecederaan sukan seperti "anterior cruciate ligament tear" dan lain-lain.
- Merawat dan membedah kes-kes sakit sendi bahu dan sakit degeneratif sesendi seperti "osteoarthritis" dan penyakit "osteoporosis".
- Merawat kes jangkitan kuman seperti "osteomyelitis", "septic arthritis" dan lain-lain.
- Memberi rawatan dan membedah kes-kes kecederaan tangan dan kaki seperti "tendon injury" dan lain-lain.
- Memberi rawatan dalam lain-lain bidang orthopedik.
Kembali Ke atas
Klinik pembedahan
Pakar perunding klinik ini adalah Dr. Hassan Bin Mat. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang kepakaran ini dan sedang bertugas di Kampung Baru Medical Centre.
Di antara rawatan yang ditawarkan oleh klinik beliau adalah :-
- Memberi rawatan bagi semua kes-kes bedah kecil dari semua aspek dari konsultasi, merawat dan membedah seperti "appendicectomy", "hernia", berkhatan kanak-kanak dan dewasa dan lain-lain rawatan dan pembedahan.
- Merawat kes-kes yang lebih "major" seperti "laparotomy", "gastric ulcer", "cancer", "thyroid" dan lain-lain.
Kembali Ke atas
Klinik Pakar Hidung, mulut dan tekak
Pakar perunding bertugas adalah Dr. Hazim, seorang doktor pakar ENT yang berpengalaman luas. Di antara rawatan yang ditawarkan di klinik beliau adalah:
- Mengendalikan semua penyakit telinga dari segi memberi rawatan perubatan atau pembedahan seperti "chronic otitis media", "foreign body" di dalam telinga dan lain-lain.
- Memberi rawatan dan pembedahan bagi penyakit hidung seperti resdung, polyp, sinusitis dan lain-lain.
- Memberi rawatan dan pembedahan bagi penyakit di dalam kerongkong seperti Tonsillitis.
- Memberi kaunseling dan rawatan bagi orang yang kurang pendengaran (deafness).
Kembali Ke atas
Klinik Perubatan
Pakar Perundingnya adalah Dr. Zuraidah. Beliau merupakan seorang pakar perubatan am (physician) yang berpengalaman dan mempunyai sebuah klinik rawatan pakar beliau sendiri di Kajang. Bidang rawatan khas beliau adalah "gastroenterology".Kes-kes rawatan yang dikendalikan oleh beliau adalah :-
- Memberi rawatan pada pesakit berpenyakit "acute" seperti denggi, radang paru-paru, sakit jantung dan lain-lain.
- Merawat penyakit kronik seperti asthma, arthritis, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
- Merawat penyakit "gastroenterology" seperti "peptic ulcer" kanser perut dan lain-lain.
- Memberi perkhidmatan "endoscopy" bagi pesakit yang memerlukannya di dewan bedah.
- Merawat pelbagai penyakit jantung dan perkhidmatan "echocardiography" turut disediakan.
- Membuat pemeriksaan eksekutif profil termasuk "Stress Test".
Kembali Ke atas
khidmat sokongan
Bagi melengkapkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit KPMC juga menyediakan perkhidmatan sokongan bagi meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatannya serta keselesaan kepada pesakit. Perkhidmatan sokongan yang ditawarkan adalah :-
FARMASI
Farmasi KPMC terletak di tingkat bawah dan dilengkapkan dengan berbagai jenis ubat-ubatan yang bermutu tinggi dan diuruskan oleh doktor yang bertugas dan pegawai farmasi yang berpengalaman.
MAKMAL PERUBATAN
Makmal perubatan ini diuruskan oleh seorang Juruteknologi Makmal, berkelulusan Sarjana Muda Sains. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan terkini. Antara peralatan yang dimiliki ialah haematology analyzer, immunulogy analyzer dan chemistry analyzer. Bagi keselesaan pesakit luar, makmal ini ditempatkan di tingkat bawah. Ujian makmal yang dikendalikan termasuk ujian air kencing, dan darah sperti Serum Bilirubin, Full Blood Picture dan lain-lain.
PERKHIDMATAN AMBULANS
Perkhidmatan ambulans disediakan 24 jam kepada pesakit-pesakit bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan untuk dihantar ke hospital lain. Kemudahan ini juga dibuka kepada mana-mana klinik atau pesakit yang perlu menggunakan ambulans.
PERKHIDMATAN X-RAY
Kami juga turut mempunyai bilik x-ray yang dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Di antara khidmat x-ray yang ditawarkan ialah dada, tulang, HSG, dan IVP.
FOMEMA
Pemeriksaan perubatan pekerja asing
kelaman utama
|
Pesakit luar
Pakar Sakit puan
Pakar perubatan
Pakar tulang
Pakar pembedahan
Pakar kanak-kanak
Telinga dan Hidung
Khidmat Sokongan
|
|
 |