Pusat Perubatan KPMC Puchong terletak dibandar Puteri Puchong merupakan cawangan pertama Pusat Perubatan Kajang Plaza dan telah beroperasi sepenuhnya pada 28 April 2005 untuk memberikan khidmat kesihatan bagi keselesaan penduduk di Puchong serta di sekitarnya.
Ia beroperasi 24 jam dengan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pesakit. Antaranya ialah 29 buah katil serta unit kecemasan dan pesakit luar. Turut disediakan ialah 2 bilik pembedahan, tiga bilik bersalin, wad khas bayi dan pelbagai klinik pakar.
Kemudahan Klinik Pakar yang ada termasuk Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pakar Kanak-Kanak, Pakar Bedah, Pakar Telinga Hidung dan Tekak, Pakar Perubatan, Pakar Bius dan Pakar Tulang.Termudahan terkini yang ada termasuk 3D Ultrasound dan kemudahan pembedahan secara laparoscopy.
Setiap kakitangan KPMC dari pihak pengurusan, doktor perubatan sehinggalah kepada pekerja bawahannya akan memastikan memberi komitmen, layanan dan rawatan yang terbaik serta bermutu tinggi kepada setiap pesakit demi memastikan kepuasan dan nilai keatas setiap ringgit yang dikeluarkan oleh pesakit.
Slogan Kami "ILTIZAM KAMI KEPUASAN ANDA" bermaksud bahawa setiap kakitangan KPMC dari pihak pengurusan, doktor perubatan sehinggalah kepada pekerja bawahannya akan mempastikan memberi komitmen, layanan dan rawatan yang terbaik serta bermutu tinggi kepada setiap pesakit demi memastikan kepuasan dan nilai keatas setiap ringgit yang dikeluarkan oleh pesakit.