|
TANDA TANDA AWAL BERSALIN oleh dr r Juhaidah-Pakar O&G Kpmc puchong medical centre
Memang sukar untuk meramalkan bilakah anda akan melahirkan kerana ia boleh berlaku pada bila bila masa diantara 38 minggu dan 42 hari anda hamil. Cuma segelintir sahaja yang benar-benar bersalin pada 40 minggu iaitu tarikh yang dijangka iaitu diberikan oleh doktor anda berdasarkan tarikh haid atau scan.
Sekiranya kandungan anda sudah berusia 38 minggu keatas dan anda mengalami keadaan seperti ini:
- Sakit perut yang sekejap datang sekejap hilang dalam 5-10 min setiap kali
- Keluar darah bercampur lendir
- Keluar air yang jernih tidak berwarna dari faraj atau pecah ketuban.
- Sakit belakang yang berulang-ulang.
Anda mungkin sudah tiba masa untuk bersalin. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan kepastian. Apabila anda sudah pecah ketuban dan air yang keluar berwarna sedkit kehijauan, jangan tunggu, cepatlah berjumpa dengan doktor anda. Warna kehijauan mungkin petanda anak sudah "passed meconium" dan merupakan salah satu tanda bayi lemas.
|