SUHU ASAS BADAN DAN LENDIR SERVIKS
dr r Juhaidah-Pakar O&G Kpmc puchong medical centre

Sekiranya anda sedang cuba untuk mengandung atau cuba mengelak dari mengandung, adalah berguna sekiranya anda mengetahui masanya subur  anda kerana anda boleh merancang hubungan kelamin anda pada waktu yang lebih sesuai.

Ramai yang mengunakan kit ovulasi kerana ia senang dan boleh mengenal pasti dengan lebih tepat bilakah tarikh ovari anda akan mengeluarkan telur tetapi cara yang lebih natural ialah merasa sendiri bilakah waktu subur  anda iaitu dengan mencatit suhu asas badan (BBT) dan dengan memerhati perubahan corak lendir yang dikeluarkan oleh serviks anda.

Apa itu BBT?
Ialah suhu badan yang diambil semasa anda bangun dari tidur setiap pagi iaitu sebelum anda bangun dari katil atau mengosok gigi anda. Masukkan thermometer ke dalam mulut anda untuk sekurang-kuranya 30 saat dan catitkan bacaannya . Adalah penting untuk anda mengambil suhu ini dalam masa yang sama setiap pagi. Pastikan anda catitkan bacaan suhu itu dan plotkan pada carta khas untuk BBT. Selalunya semasa berlaku ovulasi, suhu badan akan naik sebanyak 2-3 degree celcius sehingga anda mengalami haid anda seterusnya

Apa itu lendir mukus?
Faraj kita mengeluarkan banayak jenis cecair dan salah satunya ialah lendir yang dikeluarkan oleh serviks. Lendir ini berubah mengikut masa kitaran haid disebabkan oleh terdapatnya perubahan hormon. Anda boleh mengunakan tangan anda atau kertas tisu. Pada hari tidak subur, lendir akan menjadi lebih melekit dan ringan, beberapa hari sebelum ovulasi, anda akan perasan yang lendir akan menjadi semakin banyak dan menjadi lebih cerah dan berasa seperti putih telur.
Pada masa inilah anda mempunyai kesuburan yang optimal dan perubahan init berlaku disebabkan ole pengeluaran hormon oestrogen.

Mana satu yang perlu saya catitkan?
Yang terbaiknya ialah mencatit kedua –duanya sekali kerana ia boleh memberikan gambaran yang maksima tentang hari subur anda.

 

 

 

| Hakcipta Terpelihara KPMC Puchong Sdn Bhd 2007 | Kenyataan Privasi | Terma dan Syarat | Hubungi Kami |