Rasa pening dan pitam semasa mengandung
dr r Juhaidah-Pakar O&G Kpmc puchong medical centre

Ini adalah sesuatu yang kerap terjadi kepada wanita hamil. Kejadian ini berlaku kerana terdapat  perubahan pada system sirkulasi darah semasa hamil dimana aliran darah pada bahagian atas badan menjadi berkurangan. Ia disebabkan oleh tekanan dari rahim yang membesar pada belakang dan pelvis. Selalunya terjadi pada awal trimester kedua kerana salur darah mula mengembang disebabkan oleh perubahan hormon  yang banyak pada tempoh waktu tersebut. Rasa pening ini  juga selalu terjadi apabila dalam cuaca panas atau semasa anda mandi air panas. Keadaan suhu yang panas, menyebabkan salur darah mengembang dengan cepat dan mengurangkan aliran darah kearah jantung.
Kekurangan gula dalam darah juga boleh menybabkan rasa pening begitu juga dengan kekurangan darah atau hemoglobin. Lain lain sebab termasuk tekanan fizikal, keletihan dan juga lapar. Penyakit perubatan juga mungkin penyebab kepada rasa pening termasuklah kencing manis, penyakit tairoid dan tekanan darah tinggi.

Untuk mengurangkan rasa pening, amalkanlah tip-tip ini:

  • Bergerak perlahan apabila bangun dari tidur atau duduk atau menukar posisi anda
  • Berjalan atau bergerak dengan lebih perlahan.
  • Hindar dari berdiri terlalu lama.
  • Elak dari tidur terlentang. Amalkan tidur mengiring dengan bantal dicelah paha.
  • Elak dari badan menjadi terlalu panas. Jangan berada pada tempat yang sesak.
  • Makan dengan lebih kerap dalam kuantiti yang sedikit untuk mengurang kejadian kurang gula dalam darah.
  • Amalkan bersenam untuk menggerakkan sirkulasi darah pada bahagian bawah badan. Jika perlu, ikuti senaman antenatal.
  • Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Makan makanan yang banyak zat besi seperti kekakcang, daging merah, sayuran hijau

Bila perlu berjumpa doktor
Anda disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan ini berulang dengan kerap berlaku atau  ia disertai dengan simtom yamg lain seperti sakit perut atau pendarahan dari faraj.

 

 

 

 

 

| Hakcipta Terpelihara KPMC Puchong Sdn Bhd 2007 | Kenyataan Privasi | Terma dan Syarat | Hubungi Kami |