|
“Morning sickness” ialah keadaan yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa bukan hanya sebelah pagi. Kebanyakkan bermula pada 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, ada juga segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.
Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.
Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.
Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini
- Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
- Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenagkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
- Hindarkan diri dari wangi-wangian
- Sekiranya anda rasa loya, memakan asam mungkin boleh menolong anda
- Legakan perut dengan memakan makanan berhalia, menghidu lemon atau meminum jusnya
- Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
- Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari bau perfume dari penumpang sebelah.
Selamat mencuba!
Lain lain artikel
|