fakta Tentang Keguguran
dr r Juhaidah-Pakar O&G Kpmc puchong medical centre


Keguguran adalah nama yang digunakan untuk menerangkan tentang kehamilan yang gagal yang berlaku sebelum 20 minggu. Selepas waktu tersebut, ia dipanggil kematian bayi.
Kadang-kadang berlaku keadaan dimana terjadi keguguran tetapi tidak berlaku sebarang pendarahan atau kesakitan dan keguguran ini hanya dapat setelah menjalani ujian ultrasound. Ini dipanggil “missed abortion”
Apapun jenis keguguran yang dialami, wanita sedikit sebanyak akan merasai satu perasaan kehilangan dan sesetengahnya ada yang menghadapi tekanan persaan selepas mengalami keguguran.

Berapa kerap kegugguran ini terjadi?
Mengikut fakta perubatan,10-15 peratus daripada wanita yang mengandung berakhir dengan dengan keguguran. 85%  berlaku sebelum 14 minggu pertama. Tetapi, fakta sebenar mungkin lebih dari itu. Sekiranya diambil kira keguguran yang berlaku pada peringkat sangat awal mengandung, statistik mungkin menjadi lebih tinggi iaitu 1 dalam 3 orang. Kebanyakkan menjadi darah haid yang lebih banyak dari biasa. Jadi ramai wanita yang tidar sedar yang mereka mengandung.
Bagi mereka yang mengalami keguguran kali pertama, peluang untuk mengandung seterusnya adalah sama dengan mereka yang tidak pernah keguguran. Begitu juga mereka yang keguguran 2 kali berturut-turut peluang untuk mengandung masih lagi tinggi, itulah sebabnya doktor hanya akan melakukan menyiasatan rapi apabila wanita keguguran 3 kali berturut turut.

Apa yang menyebabkan keguguran?
Kebanyakkan disebabkan oleh kromosom yang tidak normal, dan oleh kerana janin itu tidak sihat, maka dengan sendirinya ia tidak dapat bertahan lama dan akhirnya gugur.
Lain-lain sebab ialah merokok, meminum alkohol, mereka yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti kokain, ubat penghapus serangga, benda yang mengandungi radioaktif dan lain-lain.
Kadang-kadang fibroid juga boleh menyebabkan keguguran terjadi dikalangan mereka yang sudah agak berumur. Ada juga yang disebabkan oleh pangkal rahim yang lemah, tetapi ini berlaku kebanyakkannya pada kandungan 14 minggu keatas.
Keadaan kesihatan wanita yang tidak memuaskan juga boleh menyebakan keguguran, seprti kencing manis, darah tinggi, penyakit tiroid dan sekiranya mereka diubati dan mendapat rawatan optimal, peluang untuk kandungan yang berjaya mennjadi lebih tinggi.
Bagi yang pernah keguguran, adalah penting untuk memastikan degupan jantung janin disahkan melalui ultrasound scan sebaik sahaja kehamilan dapat dikesan melalui ujian air kencing.
Jangkitan kuman juga merupakan pemyebab kepada keguguran, rubella infection, sekiranya anda masih belum di-imunisasi, pastikan mendapat suntikkan rubella diklinik berdekatan
Lain-lain kuman penyebab keguguran ialah  toxoplasma gondii, yang ada dalam najis kucing dan tanah. Bagi pengemar kucing, pastikan memakai sarung tangan yang sesuai apabila mengendalikan kucing atau menyuruh orang lain membuatknya.
Lain-lain adalah ubat-ubatan traditional dan herba yang boleh membuatkan rahim mengecut. Elakkan memakan sebarang jenis ubat sama sekali semasa awal mengandung.
Keguguran juga kerap berlaku pada mereka yang mengandung kembar dan mereka yang mengalami masaalah kekurangan menjalani prosedur bayi tabung uji. Keguguran juga boleh berpunca dari procedur amniocentesis jadi wanita seharusnya perlu mendaptkan kaunselling yang cukup sebelum menjalani procedur ini.

Mitos keguguran
Terdapat juga mitos yang sama sekali tidak benar yang dikaitkan dengan punca keguguran seperti berpunca dari senaman (moderate), dengan memakan sesetengah buah-buahan dan hubungan seks.

Apa yang anda perlu buat sekiranya anda merasa diri anda akan keguguran?
Sekiranya wanita merasa yang dirinya sedang mengalami kegugran, dia haruslah berjumpa dengan doktor untuk mempastikannya. Doktor selalunya akan membuat ujian ultrasound untuk mempastikan samada janin masih hidup atau tidak. Selain dari itu, penriksaan faraj akan dilakukan untuk mempastikan samada terdapat pendarahan aktif dari serviks. Sekiranya pasti yang keguguran benar-benar berlaku, anda dinasihatkan untuk menjalani “D+C”.
Selepas keguguran ibu yang mempunyi rheusu negatif akan diberikan suntikan imunisasi Anti-D untuk memelihara kandungan yang akan datang.

 

 

 

| Hakcipta Terpelihara KPMC Puchong Sdn Bhd 2007 | Kenyataan Privasi | Terma dan Syarat | Hubungi Kami |