Bagaimana bayi di-lahirkan
oleh dr r Juhaidah-Pakar O&G Kpmc puchong medical centre

Mempunyai anak yang sihat dan membesar secara normal adalah impian setiap pasangan yang bahagia dan semua anak yang sihat bermula dari kehamilan yang sihat. Adalah penting para ibu mengetahui serba sedikit tentang kehamilan dan pengetahuan tentang bagaimana bayi membesar dan cara ia dilahirkan kerana ia mungkin boleh memberikan gambaran asas sebelum anda melangkah di alam IBU!

Jadi Bagaiman Bayi dilahirkan....

Proses bayi meninggal uterus dan lahir kedunia adalah sangat kompleks dan terbahagi kepada 3 tahap utama. Tapi....bagaimana proses ini bermula? Tiada saintis setakat ini yang dapat memberikan jawapan konkrit tetapi terdapat banyak bukti bahawa apabila bayi sudah matang, ia akan mengeluarkan sejenis hormon dari badannya dan hormon ini akan bertindak keatas rahim ibu yang seterusnya akan mencetuskan rasa sakit bersalin. Dalam kata lain, bayilah sebenarkan yang membuatkan keputusan bilakah masa yang sesuai untuk ia keluar ke dunia! Menakjubkan bukan!

Tempoh melahirkan adalah berbeza beza dan bergantung kepada bilangan anak sebelumnya dan juga berat bayi didalam rahim. Bagi anak pertama, masa bersalin lebih lama tetapi bagi anak seterusnya tempoh bersalin akan menjadi lebih singkat, dan bayi yang lebih kecil lebih cepat dilahirkan dari bayi yang mempunyai berat berlebihan.

Selamt melahirkan!!

 

 

 

 

 

| Hakcipta Terpelihara KPMC Puchong Sdn Bhd 2007 | Kenyataan Privasi | Terma dan Syarat | Hubungi Kami |